Sunday, 10 July 2011

MESYUARAT AGUNG DAN PEMBUBARAN AHLI JAWATAN KUASA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG SESI 2006 - 2011




Kampong Bukit, Tutong - 8hb Julai 2011 bersamaa dengan 6 Syaaban 1432, Majlis Perundingan Kampong Bukit telah mengadakan mesyuarat agungnya bagi melantik ahli jawatan kuasa MPK sesi 2011 - 2016 setelah tamat tempoh masa bagi ahli jawatan kuasa MPK 2006 - 2011 pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis permesyuaratan tersebut ialah Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya Pegawai Tugas-Tugas Khas di Jabatan Daerah Tutong.

Majlis didahului dengan bacaan surah al-fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampong Bukit. Dan setelah itu diikuti dengan ucapan alu-aluan Ketua Kampong Bukit Awg Muhammad Shahdiqin bin Abdullah Janjam yang juga merupakan pengerusi Majlis Perundingan Kampung. Pengerusi menjelaskan bahawa penubuhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung bertujuan:
1. Mengukuhkan keberkesanan institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sebagai teras kepimpinan akar umbi.
2. Memupuk semangat kewarganegeraan yang baik dalm mendokong kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Merancang serta mengusahakan rancangan-rancangan bagi kejejahteraan rakyat dan penduduk.

Pengerusi jua memaklumkan bahawa sepanjang lima tahun berlalu berbagai rancangan dan aktiviti telah dapat dilaksanakan oleh MPK dengan kerjasma padu dari penduduk kampung, belia-belia dan PIGB diantaranya ialah Majlis Gotong-ruyong, membantu orang daif seperti membersih dan membaiki rumah, majlis Sambutan Adau Gayo, Hari Raya dan Hari Guru, Mengadakan Bengkel Kraftangan dan aktiviti sukan seperti sukan badminton, sepak takraw dan Volley Ball (bola tampar). Majlis Perundingan Kampong Bukit juga mengungkayahkan projek Penanaman Ladang Padi Berkelompok di kawasan Melaboi yang bermula pada suku tahun pertama 2008. Kesemua aktiviti yang dirancang ini jelas beliau dapat dijalankan adalah hasil penglibatan dan kerjasama, sokongan dan dorongan untuk menjayakan dan melaksanakan projek ini. Dikesempatan ini juga pengerusi menyanjung tinggi dan mengucapkan penghargaan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada ahli-ahli jawatan kuasa MPK 2006 - 2011 yang telah memberikan kerjasama menjalankan amanah dan tanggongjawab mereka dan berharap pada ahli-ahli yang baru dilantik nanti juga akan terus memberikan kerjasama serta meningkatkan lagi serta menjayakan rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang telah disusun.

Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perundingan Kampong Bukit bagi Sesi 2011 - 2016:

Pengerusi: Muhammad Shahdiqin bin Abdullah Janjam - Ketua Kampong Bukit.
tim Pengerusi : Awg Bubak bin Tahun

Setiausaha: Awg Yapoh bin Sokol
Penolong Setiausaha: Dyg Nilam binti Lundu.

Bendahari: Dyg Rozita binti Champa.

Ahli-ahli:

1. Halangan bin Riah.
2. Abd. Hariz bin Abd Raub
3. Messa bin Kuda.
4. Pongo bin Bungsu.
5. Ajin bin Janjam.
6. Zainal bin Tinggir.
7. Jali bin Ibrahim.
8. Ustazah Salbiah binti Mohd Alias.
9. Saharin bin Sain.
10. Damit bin Sapai.
11. Zaidi bin Tikom.
12. Normala binti Hanbali.
13. Zaiton binti Abdullah Sukol.
14. Wanita binti Sitim.
15. Bashtiar bin Sitim.
16. Ramli bin Hj Hidup.
17. Guru Besar SR. Kg Bukit.
18. Imam Masjid Kampong Bukit.
19. Pos Polis Kampong Bukit.





Friday, 27 May 2011

Pameran di Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo dan Pelancaran Produk Kraftangan Kampong Bukit





Kampong Bukit Tutong - 22/05/2011 Diluar kawasan Dewan Serbaguna Kampong Bukit diadakan pameran produk kraftangan yang merupakan satu kampung satu produk. Berbagai jenis ciptaan kraftangan dan replika mesin teknologi lama dipamerkan.
selain itu dipamerkan juga jenis-jenis makanan dan pertunjukkan alat penangkapan haiwan.

Monday, 23 May 2011

Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo dan Pelancaran Expo Produk Kraftangan Kampong Bukit.


Kampong Bukit, Tutong - 22 Mei 2011.

Majlis Perundingan Kampong Bukit dan Ahli jawatankuasa Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo 2011 telah mengadakan majlis ini pada 18 Jamadilakhir bersamaan 22 Mei 2011 hari Ahad bertempat Dewan Serbaguna Kampong Bukit. Sambutan ini bertujuan:-

1. Merapatkan hubungan silaraturahim dikalangan masyarakat.
2. Menyatupadukan penduduk dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

3. Disamping itu sambutan juga mempamerkan budaya kepada masyarakat luar supaya lebih difaham

4. Mempamerkan budaya, kemahiran seni dan bentuk kehidupan.

5. Menyampaikan rasa syukur atas kejayaan dalam kehidupan, kesihatan yang sempurna dan penghasilan yang memuaskan
.


Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Dr. Haji Junaidi bin Haji Abd. Rahman Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan Darussalam bersama isteri seterusnya beliau membuat pelancaran expo produk kraftangan Kampong Bukit. Turut hadir ialah Awg Mohd Suffian bin Haji Bungsu Pmk Pegawai Daerah Tutong dan isteri, Yang Dimuliakan Pehin Orang KayaSetia Raja Dato Seri Paduka Haji Awg Mohd Ali bin Haji Awg Daud berserta Datin, Penolong Pegawai Daerah Tutong, Pegawai Pemerintah dan Operasi Bomba Tutong, OCS Balai Polis Lamunin, Penghulu Mukim Ukong dan Ketu-ketua Kampong.

Berbagai persembahan telah diadakan dimajlis tersebut antaranya persembahan lakunan 'Beparai', disamping beberapa tarian tradisi yang dipersembahkan oleh belia-belia Kampong Bukit. Selain itu sambutan Adau Gayo itu juga diselajurkan dengan pertandingan tarik kalat, sementara itu perlawanan sepak takraw dan badminton telah diadakan lebih awal.

Tetamu kehormat berkesudian menyampai penganugerahan kepada lima orang warga emas dan murid cemerlang. Sambutan kali ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Wednesday, 4 May 2011

Perjumpaan Membincangkan Format Adau Gayo 2011

Kampong Bukit- 26/04/2011 jam 7.45 mlm bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Bukit.

Dalam perjumpaan itu pengerusi Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo 2011 Awg Halangan bin Riah menjelaskan bahawa format yang telah pun dipersetujui bagi sambutan tersebut hendaklah diteliti dan menepati sasaran dengan kehendak tema "Pagun Jati" bermaksud Negara Ku. Dimana persembahan dan pamern itu mensasarkan bentuk budaya dan kehidupan masyarakat ketika dahulu dan sekarang.

Pengerusi juga berharap semua rancangan yang diatur dan disusun akan dapat mencerminkan dan menjelaskan keadaan penduduk dan cara kehidupan sewaktu ketika dahulu.

Perjumpaan juga membincangkan kesiapan dan facilititas serta juga teknikal bagi memudahkan dan melancarkan majlis sambutan tersebut. Persiapan mengenai dengan pelancaran produk Kampong Bukit juga turut dibincangkan. Yang mana nanti Pelancaran produk ini akan diresmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Beliau juga merupakan Tetamu Kehormat di hari tersebut. Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo ini akan diadakan pada 22 Mei 2011 iaitu hari Ahad yang bermula jam 8.00 pagi.

Pada peringkat awal persiapan sambutan perlawanan sepak takraw telah pun berlangsung pada 24/4/2011 di gelanggang sepak takraw kawasan balai raya kampong Bukit bermula jam 8.00 pagi. Kejohanan ini didahului dengan pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Kampong Bukit Awg. Mohd Shahdiqin bin Abdullah Janjam.

Sebanyak 15 buah pasukan remaja turut menyertai kejohanan ini dan 3 pasukan bahagian veteran.

Friday, 22 April 2011

Mesyuarat MPK

Kampong Bukit - pada 14 April yang lalu, Majlis Perundingan Kampong Bukit (MPK) telah mengadakan perjumpaan di Dewan Serbaguna Kampong Bukit pada hari Khamis jam 7.30 malam.
Perjumpaan ini bertujuan bagi membincangkan persiapan Majlis Sambutan Adau Gayo 2011.
Pengerusi menjelaskn tugas dan tanggungjawab semua ahli jawatankuasa seterusnya menerangkan format acara dan aktiviti atau pameran di hari tersebut.
Pameran melibatkan kegiatan kehidupan mesyarakata lampau disamping mempamerkan bentuk dan cara makanan atau masakan orang-orang yang terdahulu.
Diakhir perjumpaan itu pengerusi serta semua ahli yang hadir berharap segala aktiviti yang dirancangkan itu berjalan dengan lancar dan sempurna nantinya.

Tuesday, 22 March 2011

Gambar di Balai Purun


sebahagian gambar-gambar kegiatan dan tunjuk cara kepada peserta yang hadir di Balai Purun Taman Warisan Tasik Merimbun pada 19 Mac 2011.


Pertunjukkan Bengkel Di Balai Purun

19 Mac 2011 - hari Sabtu, bertemapat Balai Purun Taman Warisan Tasik Merimbun, seramai 3 orang ahli tenaga pengajar kraftangan dari MPK Kampong Bukit menyertai pemeran dan pertunjukan bengkel serta tunjuk ajar cara-cara membuat anyaman dari pada daun mengkuang dan buluh. Pertunjukkan dan cara membuat itu juga dipertontonkn dengan 3 orang murid sebagai pelajar mempelajari anyaman tersebut.

Selain itu di pertontonkan juga kepada pelawat2 Asean tersebut alat musik tradisi orang-orang dusun juga diselitkan dengan tarian asli puak dusun. Pameran selama sehari itu diselajurkan juga dengan penjualan barang-barang kraftangan dan cd mengenai alat-alat bunyian gendang puak dusun.

Mesyuarat MPK



Pada 16 Mac 2011 jam 7.30 mlm bertemapt Dewan Serbaguna Kampong Bukit, Tutong, ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Bukit telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan aktivit majlis perundingan kampung seterusnya membincangkan Majlis Sambutan Adau Gayo yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei mendatang.

Dalam perjumpaan tersebut majlis bersetuju untuk mengaadakn sambutan Adau Gayo yang akan berlangsung pada 22 Mei 2011. Majlis juga berkesemapatan melantik ahli jawatankuasa sambutan, selain itu majlis juga membincang format dan acara-acara yang akan di muatkan pada majlis itu nanti. Setiausaha MPK juga menjelaskan perkara-perkara yang berhubungkait dengan Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo. Setiausaha juga diminta untuk membuat satu kertas kerj berhubung dengan sambutan itu nanti.

Sunday, 9 January 2011


Bebagai jenis krattangan yang diusahakan oleh ahli dan pakar kraftangan, masing-masing dengan nilai harga mengikut saiz, bentuk dan qualiti
barangan. Barang-barang kraftangan ini boleh diperoleh atau di dapati dengan menghubungai Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Bukit,

MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI MENGADAKAN LAWATAN KE DAERAH TUTONG.




LAWATAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI KE MUKIM UKONG.

31/12/2010 - Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awg Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam berserta rombongan telah mengadakan lawatan bermuzakarah ke Mukim Ukong Daerah Tutong. Lawatan ini bertujuan bagi meningkatkan hubungan dua hala dikalangan penduduk dan kerajaan. Selain itu bagi mengetahui permasalahan penduduk mukim dan mengenal pasti perkara yang dihadapi oleh penduduk. Sebelum rombongan sampai ke rumah penghulu mukim Ukong, Yang berhormat juga melawat Mukim Tanjung Maya, seterusnya rombongan singgah melawat kilang memproses sagu di Kampong Ukong.
Selepas dari dari Kampong Ukong Yang Berhormat Pehin beserta rombongan sempat sembahyang Jumaat Berjamaah di Masjid Kampong Bukit. Selesai sholat Jumaat rombongan meneruskan perjalanan menuju ke rumah Penghulu Ukong Awg Haji Omar bin Abd Aziz. Di rumah penghulu rombongan telah dinantikan oleh penduduk kampung dan ahli-ahli MPM dan MPK. Turut serta rombongan ini jua ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam negeri Yang berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Kanan Kerajaan dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Dikampong Bukit Yang Berhormat Pehin Menteri melihat sendiri pameran produk kampung, Mukim Ukong merupakan pembuat produk kraftangan yang menjadikan satu produk satu kampung., sambil Yang Berhormat beramah mesra dengan para penghasil produk disini.

Friday, 7 January 2011


Majlis Gotong Ruyong

Kampong Bukit, 02-01-2011 Majlis Perundingan Mukim dengan kerjasama PIGB Sekolah Rendah Kampong Bukit telah mengadakan Majlis Pembersihan kawasan Sekolah Rendah Kampong Bukit. kempen kebersihan ini diserta oleh penduduk kampung dan guru-guru dan PIGB yang bermula jam 8 pagi. Jabatan Daerah Tutong juga turut membantu dengan menyedia pengangkutan bagi mengangkat dahan-dahan dan pokok yang ditebang. Kerjasama ini menjalin kan lagi hubungan silaratulrahim dikalangan warga sekolah MPM/MPK, PIGB dan penduduk kampung. Turut hadir dimajlis tersebut ialah penghulu Mukim Ukong Awg Haji Omar bin Abdul Aziz dan juga ketua-ketua kampung.