Sunday, 10 July 2011
MESYUARAT AGUNG DAN PEMBUBARAN AHLI JAWATAN KUASA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG SESI 2006 - 2011
Kampong Bukit, Tutong - 8hb Julai 2011 bersamaa dengan 6 Syaaban 1432, Majlis Perundingan Kampong Bukit telah mengadakan mesyuarat agungnya bagi melantik ahli jawatan kuasa MPK sesi 2011 - 2016 setelah tamat tempoh masa bagi ahli jawatan kuasa MPK 2006 - 2011 pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis permesyuaratan tersebut ialah Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya Pegawai Tugas-Tugas Khas di Jabatan Daerah Tutong.
Majlis didahului dengan bacaan surah al-fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampong Bukit. Dan setelah itu diikuti dengan ucapan alu-aluan Ketua Kampong Bukit Awg Muhammad Shahdiqin bin Abdullah Janjam yang juga merupakan pengerusi Majlis Perundingan Kampung. Pengerusi menjelaskan bahawa penubuhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung bertujuan:
1. Mengukuhkan keberkesanan institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sebagai teras kepimpinan akar umbi.
2. Memupuk semangat kewarganegeraan yang baik dalm mendokong kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Merancang serta mengusahakan rancangan-rancangan bagi kejejahteraan rakyat dan penduduk.
Pengerusi jua memaklumkan bahawa sepanjang lima tahun berlalu berbagai rancangan dan aktiviti telah dapat dilaksanakan oleh MPK dengan kerjasma padu dari penduduk kampung, belia-belia dan PIGB diantaranya ialah Majlis Gotong-ruyong, membantu orang daif seperti membersih dan membaiki rumah, majlis Sambutan Adau Gayo, Hari Raya dan Hari Guru, Mengadakan Bengkel Kraftangan dan aktiviti sukan seperti sukan badminton, sepak takraw dan Volley Ball (bola tampar). Majlis Perundingan Kampong Bukit juga mengungkayahkan projek Penanaman Ladang Padi Berkelompok di kawasan Melaboi yang bermula pada suku tahun pertama 2008. Kesemua aktiviti yang dirancang ini jelas beliau dapat dijalankan adalah hasil penglibatan dan kerjasama, sokongan dan dorongan untuk menjayakan dan melaksanakan projek ini. Dikesempatan ini juga pengerusi menyanjung tinggi dan mengucapkan penghargaan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada ahli-ahli jawatan kuasa MPK 2006 - 2011 yang telah memberikan kerjasama menjalankan amanah dan tanggongjawab mereka dan berharap pada ahli-ahli yang baru dilantik nanti juga akan terus memberikan kerjasama serta meningkatkan lagi serta menjayakan rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang telah disusun.
Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perundingan Kampong Bukit bagi Sesi 2011 - 2016:
Pengerusi: Muhammad Shahdiqin bin Abdullah Janjam - Ketua Kampong Bukit.
tim Pengerusi : Awg Bubak bin Tahun
Setiausaha: Awg Yapoh bin Sokol
Penolong Setiausaha: Dyg Nilam binti Lundu.
Bendahari: Dyg Rozita binti Champa.
Ahli-ahli:
1. Halangan bin Riah.
2. Abd. Hariz bin Abd Raub
3. Messa bin Kuda.
4. Pongo bin Bungsu.
5. Ajin bin Janjam.
6. Zainal bin Tinggir.
7. Jali bin Ibrahim.
8. Ustazah Salbiah binti Mohd Alias.
9. Saharin bin Sain.
10. Damit bin Sapai.
11. Zaidi bin Tikom.
12. Normala binti Hanbali.
13. Zaiton binti Abdullah Sukol.
14. Wanita binti Sitim.
15. Bashtiar bin Sitim.
16. Ramli bin Hj Hidup.
17. Guru Besar SR. Kg Bukit.
18. Imam Masjid Kampong Bukit.
19. Pos Polis Kampong Bukit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment