Sunday, 9 January 2011
MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI MENGADAKAN LAWATAN KE DAERAH TUTONG.
LAWATAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI KE MUKIM UKONG.
31/12/2010 - Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awg Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam berserta rombongan telah mengadakan lawatan bermuzakarah ke Mukim Ukong Daerah Tutong. Lawatan ini bertujuan bagi meningkatkan hubungan dua hala dikalangan penduduk dan kerajaan. Selain itu bagi mengetahui permasalahan penduduk mukim dan mengenal pasti perkara yang dihadapi oleh penduduk. Sebelum rombongan sampai ke rumah penghulu mukim Ukong, Yang berhormat juga melawat Mukim Tanjung Maya, seterusnya rombongan singgah melawat kilang memproses sagu di Kampong Ukong.
Selepas dari dari Kampong Ukong Yang Berhormat Pehin beserta rombongan sempat sembahyang Jumaat Berjamaah di Masjid Kampong Bukit. Selesai sholat Jumaat rombongan meneruskan perjalanan menuju ke rumah Penghulu Ukong Awg Haji Omar bin Abd Aziz. Di rumah penghulu rombongan telah dinantikan oleh penduduk kampung dan ahli-ahli MPM dan MPK. Turut serta rombongan ini jua ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam negeri Yang berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Kanan Kerajaan dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Dikampong Bukit Yang Berhormat Pehin Menteri melihat sendiri pameran produk kampung, Mukim Ukong merupakan pembuat produk kraftangan yang menjadikan satu produk satu kampung., sambil Yang Berhormat beramah mesra dengan para penghasil produk disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment