Friday, 16 March 2012
LAWATAN PEGAWAI DEBD
Seramai tiga orang pegawai dari DEBD Bandar Seri Begawan telah hadir dengan tujuan melihat untuk memastikan kesiapan bilik pameran galeri kraftangan Majlis Perundingan Kampong Bukit Mukim Ukong. Bilik pameran atau galeri kraftangan ini terletak di Dewan Serbaguna Kampong Bukit. Galeri ini dengan keluasan yang terhad iaitu 4 x 18 meter panjang dihasratkan dapat mempamerkan hasil khazanah warisan kraftangan tempatan dan menjadi tempat penunjung atau pelancung luar negara. Selain itu juga galeri ini merupakan tempat bagi belia-belia tempatan mempelajari khazanah warisan ini nanti.
Galeri dibina adalah bertujuan:
i. Memperkenalkan hasil kraftangan kepada orang ramai dan para pengunjung.
ii. Menempatkan khazanah warisan ini untuk dijadikan balai pameran dan penjualan.
iii. Bagi menarik minat para pelancung mengunjungi kampung ini.
iv. Bagi mempermudahkan tempahan dengan melihat model-model yang dipamerkan.
v. Mempermudahkan pengurusan perlancungan dan pengeluaran bahan dengan diawasi oleh
pengawas yang dipertanggungjawabkan.
Bilik ini terdapat dua buah ruang iaitu ruang pameran dan satu lagi adalah tempat bilik pengurusan galeri yang menempatkan pegawai yang bertanggungjawab dalam menjalankan peranan galeri ini membuat aktiviti-aktiviti kraftangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment