Friday, 16 March 2012

LAWATAN PEGAWAI DEBD






Seramai tiga orang pegawai dari DEBD Bandar Seri Begawan telah hadir dengan tujuan melihat untuk memastikan kesiapan bilik pameran galeri kraftangan Majlis Perundingan Kampong Bukit Mukim Ukong. Bilik pameran atau galeri kraftangan ini terletak di Dewan Serbaguna Kampong Bukit. Galeri ini dengan keluasan yang terhad iaitu 4 x 18 meter panjang dihasratkan dapat mempamerkan hasil khazanah warisan kraftangan tempatan dan menjadi tempat penunjung atau pelancung luar negara. Selain itu juga galeri ini merupakan tempat bagi belia-belia tempatan mempelajari khazanah warisan ini nanti.
Galeri dibina adalah bertujuan:
i. Memperkenalkan hasil kraftangan kepada orang ramai dan para pengunjung.
ii. Menempatkan khazanah warisan ini untuk dijadikan balai pameran dan penjualan.
iii. Bagi menarik minat para pelancung mengunjungi kampung ini.
iv. Bagi mempermudahkan tempahan dengan melihat model-model yang dipamerkan.
v. Mempermudahkan pengurusan perlancungan dan pengeluaran bahan dengan diawasi oleh
pengawas yang dipertanggungjawabkan.

Bilik ini terdapat dua buah ruang iaitu ruang pameran dan satu lagi adalah tempat bilik pengurusan galeri yang menempatkan pegawai yang bertanggungjawab dalam menjalankan peranan galeri ini membuat aktiviti-aktiviti kraftangan.

Thursday, 15 March 2012

Bilik Galeri Kraftangan Kampong Bukit.


Bilik Pameran Kraftangan Kampong Bukit.


Kampong Bukit, Tutong.
9 Mac yang baru lalu Rambongan dari DEDB hadir melihat Bilik Galeri kraftangan bagi 1 produk 1 kampung. Mereka melihat sendiri kesiapan pembinaan balai tersebut. Bilik tersebut menelan belanja hampir $27,000.00. Pembinaannya bermula awal tahun 2012 dan telah siap sepenuhnya pada 27 Februari 2012. Geleri ini adalah merupa satu-satunya pertama di Mukim Ukong ini dan menjadi tempat pameran dan pengeluaran produk tempatan di daerah Tutong. Galeri ini nanti menempatkan barang-barang hasil kraftangan penduduk tempatan seperti anyaman dan pembuatan tangan.

Selain itu juga galeri ini nanti menjadi tempat pameran untuk pengemar dan destenasi pelancung, di samping pusat pembelian barang kraftangan tempatan. Adalah juga dihasratkan bilik galeri ini sebagai tempat memberi pembengkelan dan kursus bagi yang mempelajari kraftangan khususnya untuk penduduk Kampong Bukit dan Mukim Ukong. Berjalannya aktiviti ini nanti setentunya akan menghasil produk yang berquantiti dan berqualiti.