Friday, 27 May 2011
Pameran di Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo dan Pelancaran Produk Kraftangan Kampong Bukit
Kampong Bukit Tutong - 22/05/2011 Diluar kawasan Dewan Serbaguna Kampong Bukit diadakan pameran produk kraftangan yang merupakan satu kampung satu produk. Berbagai jenis ciptaan kraftangan dan replika mesin teknologi lama dipamerkan.
selain itu dipamerkan juga jenis-jenis makanan dan pertunjukkan alat penangkapan haiwan.
Monday, 23 May 2011
Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo dan Pelancaran Expo Produk Kraftangan Kampong Bukit.
Kampong Bukit, Tutong - 22 Mei 2011.
Majlis Perundingan Kampong Bukit dan Ahli jawatankuasa Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo 2011 telah mengadakan majlis ini pada 18 Jamadilakhir bersamaan 22 Mei 2011 hari Ahad bertempat Dewan Serbaguna Kampong Bukit. Sambutan ini bertujuan:-
1. Merapatkan hubungan silaraturahim dikalangan masyarakat.
2. Menyatupadukan penduduk dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
3. Disamping itu sambutan juga mempamerkan budaya kepada masyarakat luar supaya lebih difaham
4. Mempamerkan budaya, kemahiran seni dan bentuk kehidupan.
5. Menyampaikan rasa syukur atas kejayaan dalam kehidupan, kesihatan yang sempurna dan penghasilan yang memuaskan.
Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Dr. Haji Junaidi bin Haji Abd. Rahman Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan Darussalam bersama isteri seterusnya beliau membuat pelancaran expo produk kraftangan Kampong Bukit. Turut hadir ialah Awg Mohd Suffian bin Haji Bungsu Pmk Pegawai Daerah Tutong dan isteri, Yang Dimuliakan Pehin Orang KayaSetia Raja Dato Seri Paduka Haji Awg Mohd Ali bin Haji Awg Daud berserta Datin, Penolong Pegawai Daerah Tutong, Pegawai Pemerintah dan Operasi Bomba Tutong, OCS Balai Polis Lamunin, Penghulu Mukim Ukong dan Ketu-ketua Kampong.
Berbagai persembahan telah diadakan dimajlis tersebut antaranya persembahan lakunan 'Beparai', disamping beberapa tarian tradisi yang dipersembahkan oleh belia-belia Kampong Bukit. Selain itu sambutan Adau Gayo itu juga diselajurkan dengan pertandingan tarik kalat, sementara itu perlawanan sepak takraw dan badminton telah diadakan lebih awal.
Tetamu kehormat berkesudian menyampai penganugerahan kepada lima orang warga emas dan murid cemerlang. Sambutan kali ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Wednesday, 4 May 2011
Perjumpaan Membincangkan Format Adau Gayo 2011
Kampong Bukit- 26/04/2011 jam 7.45 mlm bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Bukit.
Dalam perjumpaan itu pengerusi Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo 2011 Awg Halangan bin Riah menjelaskan bahawa format yang telah pun dipersetujui bagi sambutan tersebut hendaklah diteliti dan menepati sasaran dengan kehendak tema "Pagun Jati" bermaksud Negara Ku. Dimana persembahan dan pamern itu mensasarkan bentuk budaya dan kehidupan masyarakat ketika dahulu dan sekarang.
Pengerusi juga berharap semua rancangan yang diatur dan disusun akan dapat mencerminkan dan menjelaskan keadaan penduduk dan cara kehidupan sewaktu ketika dahulu.
Perjumpaan juga membincangkan kesiapan dan facilititas serta juga teknikal bagi memudahkan dan melancarkan majlis sambutan tersebut. Persiapan mengenai dengan pelancaran produk Kampong Bukit juga turut dibincangkan. Yang mana nanti Pelancaran produk ini akan diresmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Beliau juga merupakan Tetamu Kehormat di hari tersebut. Majlis Sambutan Ramah Mesra Adau Gayo ini akan diadakan pada 22 Mei 2011 iaitu hari Ahad yang bermula jam 8.00 pagi.
Pada peringkat awal persiapan sambutan perlawanan sepak takraw telah pun berlangsung pada 24/4/2011 di gelanggang sepak takraw kawasan balai raya kampong Bukit bermula jam 8.00 pagi. Kejohanan ini didahului dengan pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Kampong Bukit Awg. Mohd Shahdiqin bin Abdullah Janjam.
Sebanyak 15 buah pasukan remaja turut menyertai kejohanan ini dan 3 pasukan bahagian veteran.

Subscribe to:
Posts (Atom)